Pada 11 dan 12 Mei 2017, satu program khidmat bantu ICT telah di adakan di SMK Ungku Aziz. Seramai 6 orang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat dan Juruteknik Komputer dari sekolah ahli PKG Sabak Bernam terlibat dalam kerja perluasan rangkaian 1Bestarinet. Dengan adanya program seperti ini, peserta dapat meningkatan kepakaran dan saling bertukar pendapat dalam menyelesaikan sesuatu masalah teknikal.